KISAH KAMI
coretan perjalanan
Monday, 27 March 2017
Amiya Collection
boleh lawati Amiya Cololection di fanpage https://www.facebook.com/amiyacollection/ dan instagram https://www.instagram.com/amiyacollection/... kot ada yang berkenan, boleh sms/whatsapp/telegram achik Ida 0133837176
langkawi, kami datang...
Alhamdulillah, Allah lancarkan percutian kami sekeluarga ke Langkawi pada 22-25 Mac 2017...tercapai jugak hajat nak baqwak anak-anak jalan-jalan cari makan ke Langkawi sambil tengok LIMA 2017. Dalam kesuntukan masa yang macam tak berapa nak cukup, sempatlah kami tengok persembahan udara LIMA 2017, naik cable car, tengok pingu di underwater world, bergambar di Dataran Lang dan sudah semestinya shopping coklat di pPekan Kuah...tapi tak abis pusing lagi ni....kena datang lagi lah jawabnya...
sebenarnya Langkawi bukanlah tempat yang asing tapi sebelum ni kalau datang atas urusan kerja dan sememangnya takkan sempat nak jalan-jalan....trip kali ni lah yang paling best...dapatlah pusing-pusing walaupun tak abis....Syukur padaMu Ya Allah...semoga kami sekeluarga diberi kesempatan untuk datang lagi.
Regards,
Ida
Thursday, 12 May 2016
EXAM WEEK
Minggu ni dan minggu depan adalah hari-hari yang agak sibuk untuk anak-anak...dorang tengah menghadapi peperiksaan pertengahan tahun untuk sekolah kebangsaan dan tahfiz ABIM...semoga anak-anak umi dipermudahkan dalam menjawab soalan peperiksaan. Amin....
Dik Meera aje yang releks dok tengok Timmy Time..yang lain-lain dah kena belek2 buku dan sipakan paper project...emm budak-budak sekolah rendah sekarang dah macam kat u...kena siapkan paper project yang markahnya 30% dari markah keseluruhan...takpelah...semuanya tu hadapi dengan tenang ...go go go teruslh melangkah kehadapan walaupun apa jua cabaran dan rintangan. Doa umi dan abah sentiasa mengiringi setiap langkah Abang Aiman, Kakak Aleya, Kakak Aina dan Adik Ameera...
Dik Meera aje yang releks dok tengok Timmy Time..yang lain-lain dah kena belek2 buku dan sipakan paper project...emm budak-budak sekolah rendah sekarang dah macam kat u...kena siapkan paper project yang markahnya 30% dari markah keseluruhan...takpelah...semuanya tu hadapi dengan tenang ...go go go teruslh melangkah kehadapan walaupun apa jua cabaran dan rintangan. Doa umi dan abah sentiasa mengiringi setiap langkah Abang Aiman, Kakak Aleya, Kakak Aina dan Adik Ameera...
Wednesday, 9 March 2016
Assalamualaikum...
Lamanya tinggalkan rumah ni...alhamdulillah x runtuh lagi kan...hehe tengok posting tahun 2012...sekarang kita di tahun 2016...yup tahun 2016 yang agak sibuk sebab tahun ni aiman nak UPSR...uminya yang beriya berdebar-debar...doa tak putus-putus dipanjatkan padanya...moga Aiman cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang dijadualkan pada 5-8 September 2016.
Aiman 1st batch generasi KSSR yang akan mengambil peperiksaan UPSR dengan 6A. Cepat masa berlalu...dari anak kecil yang umi dukung kesana-kesini, yang petah bercakap dan bercerita tentang Ultroman Tiga, Thomas dan macam-macam lagi kartun kat Astro Ceria tu...siap boleh nyanyi lagu lagi...hahaha time ni selalu bergaduh berebut astro dgn achu bila sesekali achu datang rumah sbb achu nak tengok cerita lain tapi Aiman tak habis dengan ultromannya...
Wednesday, 19 December 2012
TAHNIAH DIBAH
Hari ni result PMR keluar dan alhamdulillah anak buah, Dibah berjaya dgn cemerlang...9A..congrate Dibah, proud of you, semoga anak2 achik cemerlang cam kakak Dibah dorg jugak.Amin
KHATAN
Sabtu lepas, 15 Disember 2012 antara hari yg busy...pg lagi dah bangunkan anak2 coz Aleya ada test utk thn satu n pkl 11 pg ada appointment utk berkhatan@bersunat Aiman... alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan olehNya
Wednesday, 12 December 2012
sabar
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal
belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku
kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa
kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta
digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan
orang-orang yang beriman yang ada bersamanya; “bilakah (datangnya)
pertolongan Allah?”. Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu
dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah.)
(Al-Baqarah: Ayat 214)
mood: sabar bila mengadap HRMIS yg sentiasa buat perangai bila hujung thn ni
(Al-Baqarah: Ayat 214)
mood: sabar bila mengadap HRMIS yg sentiasa buat perangai bila hujung thn ni
Subscribe to:
Posts (Atom)



